Korea Selatan adalah negara yang kaya dengan sejarah, budaya, dan keindahan alam semula jadi.
Selepas Perang Dunia II, Korea dibahagikan kepada dua negara: Korea Utara yang dipengaruhi oleh Soviet dan Korea Selatan yang dipengaruhi oleh Amerika Syarikat.
Sejak Perang Korea, Korea Selatan telah mengalami pertumbuhan yang luar biasa dalam ekonomi dan teknologi, menjadikannya salah satu negara maju di dunia. Kota-kota besar seperti Seoul menjadi pusat global untuk teknologi, budaya pop (termasuk K-pop), dan industri perniagaan.

Korea Selatan mempunyai empat musim dan setiap musim membawa keindahan tersendiri. Salah satu musim pilihan rakyat Malaysia adalah musim salji. Musim salji di Korea Selatan bermula Disember hingga Februari.
Korea Selatan menawarkan gabungan hebat antara budaya tradisional dan kemodenan, serta keindahan alam semula jadi yang memukau sepanjang tahun.
Jom tengok itinerary ke Korea Selatan di bawah ini.
Perjalanan bermula di KLIA (Kuala Lumpur International Airport). Sebelum berlepas, anda perlu tiba 4jam lebih awal untuk proses daftar masuk (check-in), pemeriksaan keselamatan, dan imigresen. Pastikan anda membawa passport, tiket penerbangan, dan dokumen penting lain.

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Incheon International Airport (Seoul) mengambil masa kira-kira 6 hingga 7 jam bergantung pada keadaan cuaca dan laluan penerbangan. Penerbangan ini akan melintasi beberapa negara, termasuk Laut China Selatan dan Laut Jepun, sebelum mendarat di Korea Selatan.
Setibanya di Incheon International Airport, anda akan disambut dengan mesra dan memulakan lawatan pertama ke Gyeongbok Palace, sebuah istana bersejarah yang megah. Di sini, para peserta akan diberi peluang untuk mengenakan Hanbok, pakaian tradisional Korea, yang memberikan pengalaman budaya yang mendalam.

Kemudian, lawatan diteruskan ke Gwanghwamun Square, di mana anda dapat melihat Patung Raja Sejong yang terkenal, serta melawat King Sejong Museum untuk mempelajari lebih lanjut tentang sumbangan besar raja ini dalam sejarah Korea.
Seterusnya, lawatan diteruskan dengan berjalan di sekitar Cheonggye Stream, satu kawasan hijau, aliran sungai yang menyegarkan di tengah-tengah bandar Seoul.
Untuk makan tengah hari, Eid’s Restaurant menyajikan masakan halal yang lazat. Selesai makan tengah hari, anda akan melawat Itaewon Mosque, masjid terbesar di Korea Selatan, yang merupakan tempat ibadah penting bagi masyarakat Muslim di Seoul.
Pada waktu malam, anda akan menikmati hidangan di Kampungku Restaurant, yang menawarkan hidangan tradisional Malaysia. Setelah itu, anda akan dibawa ke penginapan untuk berehat dan bersedia untuk aktiviti hari seterusnya.
Hari ini bermula dengan sarapan ringan di penginapan. Selepas itu, anda akan berangkat ke ladang Strawberry tempatan untuk aktiviti petik buah strawberi yang menyeronokkan di tengah-tengah ladang yang luas dan hijau.

Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Nami Island, yang terkenal dengan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan dan pokok-pokok yang berderet di sepanjang jalan. Tempat ini juga sangat popular dengan peminat drama Korea, terutamanya Winter Sonata.
Untuk makan tengah hari, anda akan menjamu selera di DongMoon, sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan enak pelbagai pilihan.
Pada waktu malam, anda akan menikmati makan malam di restoran yang mesra Muslim sebelum berjalan di sepanjang Myeongdong Shopping Street, pusat beli-belah yang sangat terkenal di Seoul. Setelah hari yang panjang, anda boleh kembali ke penginapan untuk berehat.

Kembali dengan sarapan ringan di penginapan, anda akan bergerak menuju ke Vivaldi Ski Park untuk menikmati suasana musim sejuk yang mempesona di Snowyland. Snowy Land di Vivaldi Park adalah salah satu taman tema salji yang terkenal terletak di Hongcheon, kira-kira 2 jam dari Seoul. Banyak aktiviti yang menarik di sana seperti luncur salji, membina snowman, snow tubing dan banyak lagi. Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman lebih mencabar, terdapat aktiviti ski dan snowboard yang boleh dicuba (aktiviti tambahan).
Untuk makan tengah hari, anda boleh menikmati hidangan yang disediakan di kawasan sekitar.
Pada waktu malam, anda akan kembali ke Myeongdong untuk makan malam di Kampungku Restaurant, kemudian boleh melawat kembali Myeongdong Shopping Street untuk menikmati lebih banyak membeli-belah atau bersiar-siar. Setelah itu, anda bolehlah kembali ke penginapan untuk beristirahat.
**Hari Kelima
Pagi hari dimulakan dengan sarapan ringan di penginapan sebelum menuju ke Namdaemun Market, pasar tradisional terbesar di Korea yang menawarkan pelbagai barangan tempatan. Selepas itu, anda akan mengunjungi Namsan Tower, yang menawarkan pemandangan menakjubkan kota Seoul dari atas menara.
Untuk makan tengah hari, anda boleh singgah di Gosame Restaurant, sebuah restoran yang menyajikan masakan Korea yang halal lagi sedap terutamanya sotong pedas dan ikan bakar korea style. Selepas itu, anda bakal melawat Dongdaemun Design Plaza, sebuah tempat seni dan reka bentuk yang futuristik.
Setelah itu, anda akan diberikan masa **Free & Easy** untuk meneroka lebih lanjut atau berehat. Untuk makan malam, anda akan dibawa restoran Muslim-friendly yang disediakan, sebelum kembali ke penginapan untuk berehat setelah seharian penuh aktiviti.
**Hari Keenam
Pada pagi hari, anda boleh lah menikmati sarapan ringan terakhir di penginapan sebelum check-out dan berangkat ke Incheon International Airport untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Semua kenangan indah dan pengalaman yang tidak terlupakan sepanjang perjalanan akan menjadi kenangan manis yang dibawa pulang.